Lafaz Suci

Syair Pejuang Dimedan Jihad

-Wahai orang beribadah di 2 Tanah Haram.Jika kamu melihat kami,nescaya kamu hanya bermain main dalam ibadah. -Kamu membasahi pipi pipi kamu dengan air mata,sedangkan tengkuk kami berlumuran darah -Kamu memenatkan kuda kamu dengan sia2,sedangkan kuda2 kami penat kehausan di medan peperangan. -kamu berbau harum dengan keenakan bau wangian,sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda.
on Monday, September 21, 2009


Semakin banyak pihak mula menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang kewangan dan perbankan Islam sama ada daripada kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam dan pelajar universiti. Bertitik tolak daripada keperluan itu, lahirlah buku ini sebagai satu usaha Zaharuddin Abd. Rahman untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik iaitu dengan: • Menampilkannya dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir. • Mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti di peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya para ilmuan syariah. • Mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

0 comments:

Post a Comment