Posted by
fnm.com
on
Wednesday, March 31, 2010
Begitu susahnyauntuk khusyuk dalam solat!Mungkin itulah yg dirasakan kebanyakan kaum muslimin saat ini.Ramai oarang sulit untuk untuk khusyuk.Ramai merasakan solatnya sia sia dan dan tak membuahkan ketenangan mahupun ketenteraman dalam hidupnya.Solat yg dikerjakan selama bepuluh tahun seakan tidak mmemberikan pengaruh yang bererti dalam hidup.Begitu hampa,dikerjakan sebagai ritual untuk menggugurkan kewajipan sahaja.
Buku ini mengajar anda untuk mengapai khusuk dalam solat. Ia juga memberikan pelbagai cara untuk mengatasi pelbagai ragam ganguan yang boleh merosakan kekhusyukan solat. Amat berguna untuk orang yg ingin meningkatkkan qualiti dalam solatnya.
Doa adalah senjata mukmin.Ibarat pelindung spt sebutir peluru terakhir yg akan mengubah keadaan dan memudahkan pandangan manusia.Meskipun yg terakhir tapi kepentinganya melebihi ratusan bahkan ribuan butir peluru yang lain.
Apakah doa yg dibaca ketika perang berkecamuk?
bagaimana cara memohon mati syahid di jalan ALLAH?
Apa doa yg diucapkan ketika ditawan atau digasak musuh?
Beberapa pertanyaan diatas dapat diperolehi jawapanya dalam buku ini yang boleh diamalkan bagi setiap pejuang yang ingin meneruskan perjuangan untuk memenangkan Islam.
Buku ini boleh dibaca sbg zikir dan doa walaupun tidak berada medan perang.
Posted by
fnm.com
on
Wednesday, January 6, 2010

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.
Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.
Posted by
fnm.com
on
Monday, December 14, 2009
siaplah jiwa kalian untuk melakukan kerja yang mulia dan besar,berusahalah untuk mati secara mulia sehingga ALLAH akan memberikan kehidupan kepada kalian,dan ketahuilah bahawa kematian itu pasti datang,dan hal itu terjadi hanya satu kali;jika kalian menjadikanya mati di jalan ALLAH maka itulah sebuah keuntungan di dunia dan ganjaran yang besar di akhirat.
Hasan al-Bana-ketika mengajak seluruh umat islam untuk berjihad di Palestin pada tahun 1948.
"jika ajalku telah tiba,maka tidak ada seorang pun yang mampu menghalang kematianku,namun jika kematian belum sampai saatnya maka apa pun usaha mereka tak mungkin akan berhasil juga" Abu A'la al-Maududi-setelah mendengar keputusan hukuman mati selepas pengadilan kerana menentang Ahmadiyah.
"ketahuilah, kami mati dan mengorbankan diri demi membela dan meninggikan kalimat
La ilaha illa Allah, sedangkan engkau mencari makan dengan La ilaha illa Allah." -Sayyid Quthb ketika berhadapan dengan syeikh suruhan pemerintahan jamal abdul nasser yang meminta Quthb mengingati Allah tatkala bersiap siap untuk hukuman gantung
Buku ini dituliskan untuk membahaskan tentang pelbagai alasan yang biasa dilontarkan oleh para muslimah yang enggan berjilbab.Mulai dari alasan jilbabin hati dahulu;yang penting akhlaknya benar, jilbab hanya akan membuat penampilan menjadi kuno;berjilbab nanti saja kalau menikah,mahu pakai jilbab,tapi dilarang keluarga dan juga suami.Dan pelbagai lagi alasan lainya.
Buku ini,sangat cocok bagi yang masih enggan dan tidak suka berjilbab;yang ingin memantapkan hati berjilbab dengan mendalami dalil-dalil syar'iinya;yang berjilbabnya masih buka tutup;yang belum berjilbab tapi ingin mendapatkan panduan berjiilbab yang syar'i.Serta bagi yang sudah berjilbab,tapi belum sesuai dengan syariat
Posted by
fnm.com
on
Friday, November 6, 2009

Penulis buku ini tanpa jemu menyuluh segala sudut dari segala ruang kemungkinan yang termampu dari segala sudut kesamaran sifat Tuhan yang mungkin boleh berlaku. Pada kali ini seolah-olah dia mahu memberi yang terbaik tanpa syarat; apa jua yang bertakung dalam dasar kantung keilmuan. Jika adalah buku yang sehabis terperinci, yang pernah lahir; maka barangkali inilah bukunya. Ia zahir daripada iltizam dan kesungguhan. Ia hadiah mewah buat ummah.

Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?
Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalah oleh mana-mana karya ciptaan manusia.
"Siapa yang inigin rasa dekat dengan Nabi, Bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya."