Lafaz Suci

Syair Pejuang Dimedan Jihad

-Wahai orang beribadah di 2 Tanah Haram.Jika kamu melihat kami,nescaya kamu hanya bermain main dalam ibadah. -Kamu membasahi pipi pipi kamu dengan air mata,sedangkan tengkuk kami berlumuran darah -Kamu memenatkan kuda kamu dengan sia2,sedangkan kuda2 kami penat kehausan di medan peperangan. -kamu berbau harum dengan keenakan bau wangian,sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda.

Belajar Dari Perang Uhud: Strategi Menghadapi Kekalahan

on Friday, November 6, 2009




Kekalahan. Itulah kalimat yang tepat untuk menggambarkan keadaan umat Islam ketika ini. Nyaris di setiap sudut bumi, umat Islam ditindas. Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara, tetapi situasi ini persis keadaan umat Islam pasca perang Uhud. Lantaran itu, perang Uhud adalah perang yang paling mengesankan berbanding siri-siri peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Peperangan Uhud bukan sekadar meninggalkan kenangan getir yang pahit, bahkan penyesalan yang menyentak rasa.

Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, startegi teratur bagi menghadapi kekalahan. Allah SWT punya cara tersendiri mengajarkan hamba-Nya bagaimana menangani kekalahan. Maka, berbicaralah Allah SWT di dalam surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 179. Apakah rahsia dan strategi menghadapi kekalahan? Dapatkan jawapan dan hikmahnya dalam naskhah ini. Bagi pembaca yang ingin mengetahui kisah tercetusnya perang Uhud, buku ini memamparkan secara rinci sirah peperangan ini.

0 comments:

Post a Comment