Lafaz Suci

Syair Pejuang Dimedan Jihad

-Wahai orang beribadah di 2 Tanah Haram.Jika kamu melihat kami,nescaya kamu hanya bermain main dalam ibadah. -Kamu membasahi pipi pipi kamu dengan air mata,sedangkan tengkuk kami berlumuran darah -Kamu memenatkan kuda kamu dengan sia2,sedangkan kuda2 kami penat kehausan di medan peperangan. -kamu berbau harum dengan keenakan bau wangian,sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda.

UNTUKMU WANITA

on Friday, November 6, 2009



Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.

Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.

Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga

0 comments:

Post a Comment